Kaedah kultur tisu...Wow

Apa itu kaedah kultur tisu? kultur tisu merupakan teknik atau proses untuk memastikan tisu hidup di dalam nutrien buatan.tisu tersebut diambil daripada bahagian-bahagian tumbuhan tertentu dan kemudiannya dikulturkan sehingga menjadi satu tumbuhan lengkap. ia juga disebut sebagai micropropagation 


 Kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan, seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril ataupun aseptic untuk tumbesaran. 

Ia juga dikenali sebagai satu teknik memelihara sel atau cebisan tisu haiwan dan tumbuhan secara in vitro. In vitro merujuk sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di balang kaca ataupun tabung uji. Hasil daipada kaedah ini adalah serba serupa dengan induknya dan ia mewarisi sifat-sifat pokok induknya dan mengekalkan ciri-ciri asalnya. Jikalau didapati anak pokok yang dihasilkan berbeza daripada induknya, ini mungkin terjadi pada bahagian-bahagian tertentu seperti bunga dan daunnya. Misalnya induk yang berdaun lurus menghasilkan anak pokok yang daunnya sedikit melengkung dan sebagainya.Walau bagaimanapun, ini adalah jarang berlaku. 

 Had-had aplikasi kultur tisu dalam pertanian 

Tidak semua jenis sel atau tisu boleh dikulturkan. Penyediaan medium harus dijalankan dengan teliti bergantung kepada keperluan tumbuhan terhadap ramuan untuk menghasilkan kalus dan organagenesia. Pensterilan yang sempurna harus dijalankan ke atas sel dan medium yang digunakan untuk menggelakkan pertumbuhan mikroorganisma. Pengkulturan tisu boleh mengalami perubahan atau perkembangan di luar jangkaan dan berlain daripada keadaan asalnya.
ingat! kultur tisu ini merupakan kaedah pengklonan bagi tumbuhan.Pengklonan bagi haiwan lebih mendatang keburukan berbanding kebaikan, namun pengklonan tumbuhan lebih mendatangkan manfaat kepada manusia. 



 Banyak kelebihan tanaman melalui kaedah tisu kultur antaranya;
 * Penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar.
 * Spesies tanaman herba yang dibiakkan secara in-vitro didapati kurang variasi di dalam kandungan secondary metabolites berbanding pembiakan biasa. 
 * Sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus.
 * Bahan tanaman yang bebas patogen serta disimpan di dalam keadaan in-vitro membolehkan pertukaran sumber genetik organisme yang selamat di antara negara.

31 comments:

  1. cikgu , rasa macam belajar sains pertanian pulakk . hehe

    ReplyDelete
  2. aritu cikgu mmg letak lagu ni...pastu cikgu dh delete..mungkin cikgu terletak double kot!

    ReplyDelete
  3. jeng-2 . lepasni suruh ainur hias blog saya pulak :P

    ReplyDelete
  4. haa kata ada lagu . bunyi nya ada , tapi gambarnya takda punn .

    ReplyDelete
  5. mazian..lagu ada gambar ke.ni bkn lagu...piano music jer

    ReplyDelete
  6. @cigu nisa> perenggan ke-3 3 baris terakhir. =bungadan????
    hahah

    ReplyDelete
  7. CIGU NISA> yang saya kena betul kan yang aktiviti 14 aje kan .. yang lain ade lagi tak ?

    ReplyDelete
  8. nad> aktiviti 14 dan 15 kamu tak tulis nama rakan!! sila betulkan

    .....bungadan? ok cikgu betulkan

    ReplyDelete
  9. cikgu, yang aktiviti 15 tu cara Mazian ke Nad/Zura jawab yg betul? huhu

    ReplyDelete
  10. Cikgu. jgn lah dissable right-click. Susah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe ! aku baru nak ckp.. haha
      dah la aku suke bukak byk2 tab.. hadehh

      Delete
    2. zura kau tngok mazian punye blog lagi kerek.. haha., tak boleh di copy susu katenye.. nasib baik ade button keyboard !

      Delete
  11. zura, nodame> ok cikgu buka balik!

    ReplyDelete
  12. so maksud nye cara saya pun betul la ? ke ?

    ReplyDelete
  13. nodame> kamu ada cita2 nak jadi celebriti ke?hehe. cara kamu sebar kepada masyarakat tu mmg menarik!

    ReplyDelete
  14. selebriti ? haha takde lah.. sbb saya suka tngok video2 kat youtube ~ haha

    ReplyDelete
  15. Cikgu, kotak last yang dekat kotak pertama tu ekceli kena buat cemane?

    ReplyDelete
  16. kena copy paste post org jugak ke?

    ReplyDelete
  17. or, drpd post yg dipaste kan, kita kena buat point dkt kotak tu?

    ReplyDelete
  18. zura> kotak last tu berfungsi kalau2 kamu ada banyak pendapat nak masukkan, so boleh ringkaskan banyak pendapat dalam bentuk point. klu nak letak satu pendapat jer, just copy paste sama cam yang lain

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete